Keluar mengundi pada 20 Nov,
Pilih wakil rakyat yang
bantah hegemoni perkauman!
Surat terbuka Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat
kepada pengundi negeri Melaka
▲ Gambar kiri bawah: Tolak hegemoni perkauman!
Gambar tengah bawah: Tolak ‘katak’ politik!
Gambar kanan bawah: Tiada calon yang memuaskan, buang undi rosak!
Hari ini 8 November merupakan hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Melaka, hari mengundi jatuh pada 20 Nov (Sabtu). Teks di bawah adalah surat terbuka Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat kepada pengundi-pengundi negeri Melaka yang diterjemahkan dari versi asal dalam bahasa Cina yang diterbitkan pada hari yang sama. Sila rujuk kepada versi asal Bahasa Cina jikalau terdapat percanggahan antara versi Bahasa Melayu dengan versi asal Bahasa Cina.
Pendahuluan:
Pada saat ini, rakyat Malaysia sedang bertungkus lumus menghadapi dan mengatasi pelbagai cabaran dari segi ekonomi, sosial, keluarga, kesihatan, nyawa dan sebagainya ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda sejak bulan March tahun lepas. Namun, tiba-tiba datang pula Pilihan Raya Negeri Melaka (tarikh penamaan calon pada 8 Nov dan tarikh mengundi pada 20 Nov) yang tidak disambut baik oleh semua lapisan rakyat semua bangsa. Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi pilihan raya kedua selepas PRN Sabah yang dicetuskan oleh politikus Melayu yang tamak mengaut kedudukan politik tertinggi dan kepentingan yang lebih besar dalam negeri, yang langsung tidak mempedulikan hidup mati rakyat Melaka bahkan seluruh negara. PRN ini berpunca daripada kegagalan rampasan kuasa politik dalam negeri.
Fakta terbukti: “Geng Berempat Melaka” yang diketuai oleh bekas Ketua Menteri yang juga orang kuat UMNO, Idris Haron (termasuk Idris Haron – telah dipecat oleh UMNO; Nor Azman Hassan – telah dipecat oleh UMNO; Norhizam Hassan Baktee -- pengkhianat DAP, yang kini masih wakil rakyat bebas yang tidak berparti; Noor Effendi Ahmad -- telah dipecat oleh PPBM) bersubahat dengan sesetengah pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Melaka yang diketuai oleh Ketua Menteri Sulaiman atas alasan "memulangkan mandat kepada Pakatan Harapan".
Motif sebenar Geng Berempat melancarkan “rampasan kuasa” adalah: Mereka tidak senang hati melihat project mega komprehensif Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka atau Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) sedang dilaksanakan tetapi diri mereka tidak berada dalam pucuk pimpinan. Maka, mereka merancangkan pergolakan “lompat parti” yang mempergunakan PH untuk kembali ke puncak kuasa negeri Melaka demi mengaut kepentingan ekonomi yang lebih besar daripada project M-WEZ.
Dengan datangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dipaksa landa ke atas bahu rakyat jelata negeri Melaka, kami menyeru pengundi dan pertubuhan masyarakat negeri Melaka supaya
- membuang pergantungan kepada “pemimpin politik” atau “elit politik”,
- membuang khayalan bahawa “rakyat akan diselamatkan dan bahagia hanya dengan tukar kerajaan”, dan
- memainkan peranan penting rakyat massa sebagai kuasa reformasi demokratik
dan menyampaikan mesej-mesej berikut kepada semua calon dan parti politik:
1. Menolak semua UMNO yang angkuh dan merajalela, serta calon berpendirian hegemoni perkauman
Kami, Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat, mengeluarkan artikel bertajuk “Bertekad menolak pemerintahan hegemoni perkauman, Menghalang kepulangan UMNO yang angkuh dan merajalela” sempena ulang tahun ke-20 (2001 - 2021) penubuhan Sahabat Rakyat pada bulan September tahun ini. Kami berpendapat, klik hegemoni perkauman Melayu masih merupakan sasaran perjuangan massa rakyat pelbagai kaum selepas PRU Ke-14 ‘509’. Fakta-fakta terbukti bahawa, tidak kira Kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi oleh Mahathir, Kerajaan Perikatan National yang dipimpin oleh Muhyiddin, mahupun Kerajaan “Keluarga Malaysia” yang dipimpin oleh Ismail Sabri: pemerintahan hegemoni Melayu masih mengecam massa rakyat pelbagai kaum.
Contoh-contoh yang menonjol termasuklah perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah (1) yang telah berkuatkuasa pada 1 November 2021 di Kelantan, “Isu arak Timah” yang baru-baru ini, dan polisi syarikat logistik tempatan diwajibkan 51% ekuiti bumiputera yang akan dilaksanakan bulan Disember tahun depan. Semua ini sekali lagi memperjelaskan bahawa sekiranya sistem “pemerintahan hegemoni perkauman” tidak dihapuskan, perkara-perkara yang mengancam hak asasi massa rakyat pelbagai kaum seperti di atas pasti akan terus berlaku.
Marilah kita menolak habis-habisan UMNO yang angkuh dan merajalela, serta calon berpendirian hegemoni perkauman dalam PRN Melaka, tanpa kira mereka berasal dari mana-mana barisan atau gabungan. Mereka semua ini merupakan sasaran utama yang mesti ditolak oleh massa rakyat pelbagai kaum yang tertindas! Biarlah mereka (politikus-politikus perkauman) kalah dalam PRN Melaka atau minimakan undi (sokongan) mereka. Ini menunjukkan kita menolak pemerintahan hegemoni perkauman dan seterusnya mendorong gerakan reformasi demokratik negara kita. Jadikan Melaka perintis dan model menolak UMNO yang angkuh dan merajalela, serta calon berpendirian hegemoni perkauman! Berikan kejutan kepada rakyat negara dan dunia!
2. Menolak semua calon ‘katak’ politik dan calon yang bersepakat dengan ‘katak’ politik
Semenjak Pilihan Raya Umum yang lepas, negara kita telah mengalami tiga kali pengagihan dan perampasan kuasa politik dalam 4 tahun. Walaupun negara kita telah tukar kerajaan beberapa kali, namun kehidupan rakyat tidak bertambah baik. Sebaliknya, rakyat telah mengenali bagaimana “Permainan Pilihan Raya” dipergunakan oleh politikus perkauman untuk memenangi “sokongan rakyat” demi memperolehi kuasa, kekayaan serta kemewahan diri. Kini, pandemik COVID-19 telah mengakibatkan ramai orang dipecat atau dipotong gaji, ada yang bercerai ekoran daripada pemisahan berlanjutan antara suami dan isteri, ada yang bunuh diri akibat tekanan hidup yang terlampau dan sebagainya. Namun begitu, Geng Berempat Melaka yang sudahpun berpangkat tinggi dan bergaji lumayan masih menggunakan teknik “Katak Melompat” untuk mencetuskan pergolakan politik demi merampas kuasa dan kepentingan yang lebih besar; sebilangan pemimpin politik Melayu yang dulunya melaungkan “reformasi” dan mendakwa diri sebagai “berfikiran terbuka dan progresif” bersepakat dengan ‘katak’ politik untuk menjatuhkan kerajaan negeri secara tersembunyi kononnya atas nama “merampas kembali kuasa kerajaan negeri”. Setelah perancangan mereka gagal, ‘katak-katak’ tersebut pula diterima sebagai calon dan terus menipu pengundi, demi hasrat kembali berkuasa setelah memenangi pilihan raya. ‘Katak-katak’ politik dan politikus yang bercita-cita tinggi demi kepentingan diri sendiri dan langsung tidak mempeduli hidup mati rakyat jelata adalah sangat tidak tahu malu! Perbuatan mereka pasti akan dikeji dan dibuang oleh massa rakyat pelbagai kaum!
Oleh sebab itu, massa rakyat pelbagai kaum bukan sahaja perlu menolak calon ‘katak’ politik seperti Geng Berempat dan semua calon yang bersepakat dengan ‘katak’ politik, malah kita perlu mendesak calon-calon PRN Melaka dan bakal-bakal wakil rakyat untuk memastikan penggubalan Akta Lompat Parti dan Rang Undang-undang (RUU) Memecat Wakil Rakyat (sebagai satu mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya seseorang itu melompat parti). Jadikan Melaka perintis dan model menolak budaya ‘katak’ politik! Berikan kejutan kepada rakyat negara dan dunia!
3. Pilih seramai mungkin wakil rakyat yang menentang hegemoni perkauman untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka
Pada April tahun ini, kerajaan negeri Melaka telah merasmikan salah satu projek pembangunan yang digelar “Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka” atau “Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ)” di bawah Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) yang bertujuan membawa Melaka menuju ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi.
Menurut laporan media, selepas merasmikan projek M-WEZ dalam satu sidang media, Ketua Menteri Melaka pada masa tersebut, Sulaiman mengatakan bahawa M-WEZ dan Melaka Gateway merupakan dua projek yang berlainan, di mana Melaka Gateway kini hanya merupakan sebahagian daripada M-WEZ. Projek Melaka Gateway hanya merangkumi aktiviti-aktiviti logistic pelabuhan dan penyimpanan bahan cecair petroleum dan gas asli. Manakala projek M-WEZ termasuklah aspek pelabuhan, gudang penyimpanan, pelancongan, kediaman dan sebagainya.
Rakyat Melaka serta rakyat seluruh negara amat jelas bahawa perancangan pembangunan ekonomi negeri Melaka, sama ada Melaka Gateway ataupun M-WEZ semuanya dicekam kukuh oleh orang-orang UMNO yang pegang kuasa. Namun begitu, semua wakil klik berkepentingan Melayu dan Geng Berempat (yang kini menjadi kontroversi) seolah-olah hendak menguasai politik Kerajaan Negeri Melaka dan seterusnya mendominasi penguasaan dan pengagihan kepentingan projek mega tersebut demi kekayaan gergasi diri sendiri dan kroni-kroni. Dan, sebagai susulan, melonjat ke atas pusat kuasa politik negara. Apa yang mengejikan adalah jelas bahawa mereka ini politikus yang mengejar kuasa dan kedudukan politik demi kekayaan dan kemewahan diri dan keluarga semata-mata, masih berpura-pura mengifatkan diri sebagai “pemimpin rakyat pelbagai kaum”, dan terus-menerus mengawal sumber negara dan menindas massa rakyat pelbagai kaum.
Massa rakyat pelbagai kaum di Melaka mahupun seluruh Malaysia mengharapkan pembangunan ekonomi negara, akan tetapi, kerajaan perlu memastikan bahawa rancangan pembangunan ekonomi membawa faedah kepada massa rakyat pelbagai kaum di negeri Melaka dan juga Malaysia. Pembangunan tersebut tidak boleh sesekali diperalatkan oleh sekelompok politikus yang menggunakan kuasa politik kerajaan untuk mengaut keuntungan diri dan kroni-kroni. Untuk menghalang orang seperti Geng Berempat ini mencapai hasrat mereka, massa rakyat pelbagai kaum mesti memilih seramai mungkin wakil rakyat yang menentang hegemoni perkauman untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. Rakyat jelata harus memastikan hasrat orang-orang seperti Geng Berempat ini tidak tercapai dan sekaligus mengubur masa depan politik mereka yang bernafsu tinggi ini dalam Pilihan Raya Negeri Melaka. Ataupun sekurang-kurangnya menghalang mereka yang tamak ini merajalela. Jadikan Melaka titik permulaan penamatan tren politik yang tidak sihat ini!
4. Jika tiada calon yang memuaskan hati anda, sila bagi undi rosak untuk meluahkan kemarahan dan bantahan anda!
Kami, Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat, menyeru agar pengundi Melaka keluar mengundi beramai-ramai pada 20 November. Pilihlah calon yang menentang hegemoni perkauman menjadi wakil rakyat anda. Jika tiada calon yang memuaskan hati anda sebagai untuk dipilih sebagai wakil rakyat anda, silalah lukis pangkah besar atas kertas undi, atau muka senyum, ataupun apa-apa sahaja!
0 comments:
Post a Comment