Kaum tertindas perlu menyelamat diri sendiri
Mustahil kita bergantung kepada "Penyelamat"
-- Kenyataan Nyam Kee Han (Sahabat Rakyat)
点击箭头聆听内容: |
Kenyataan ini ditulis oleh Nyam Kee Han (ahli presidium Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat, gambar kiri) berkenaan dengan pandangan Rafizi menyeru “rakan PH perlu menjaga sensitiviti/perasaan orang Melayu” pada 11hb November. Topik asal ialah “Kaum tertindas diselamatkan oleh “penyelamat” adalah malam alam arab”. Berikut ialah kenyataan penuh yang diterjemahkan daripada teks asal dalam Bahasa Cina (gambar atas dan sub-topik ditambah oleh Editor Sahabat Rakyat):
Sejak tahun 2007, saya menjadi sangat bersemangat dalam Bulan November. Ini mungkin berkaitan dengan perhimpunan besar Hindraf pada 25hb Nov 2007 yang mengujakan dan telah memberi tamparan yang besar terhadap situasi politik di Malaysia. Peristiwa ini menyebabkan saya memikir secara mendalam.
Demonstrasi Hindraf ketika itu merupakan satu insiden spontan dari kaum India negara kita selepas gerakan perjuangan Bahasa Cina untuk menyampaikan rasa tidak puas hati dan bantahan keras terhadap klik pemerintahan hegemoni Melayu yang melaksanakan sistem diskriminasi kaum secara berterusan. Ia memberi tamparan yang agak besar kepada pemerintahan hegemoni Melayu pada Pilihan Raya Umum 8hb March 2008 dari sudut pengundian.
Sejak 10 tahun kebelakangan ini, sedih dan sakit hati pula yang lebih dirasai. Sepatutnya negara kita berpotensi bergerak ke arah pergerakan reformasi demokratik yang betul, akan tetapi, selain daripada penindasan dan pemecahan dari kem pemerintahan hegemoni Melayu, mereka juga berjaya membeli/menyogok ramai “pemimpin kaum” yang berambisi jahat. Ini telah mengakibatkan kemusnahan dan perpecahan kepada pergerakan reformasi demokratik negara kita. Satu contoh tipikal ialah Waytha Moorthy yang mengaku “Pemimpin Hindraf” suatu ketika dulu kini terperosok ke jurang perosak bangsa India yang sekadar “berbelah kepada kuasa sehingga menjadi anjing buruk kepala”. Satu ungkapan yang disebarkan di alam maya iaitu “jika saya tidak bermoral, anda tidak dapat mengikat saya” amat sesuai digunakan untuk menghurai perbuatan dia.
Peluang keemasan kaum tertindas menjadi “King Maker” sebenar
Setelah klik pemerintahan hegemoni Melayu merosakkan kuasa kaum tertindas yang memperjuangkan kesaksamaan kaum, keadaan antara mereka menjadi pecah belah serta saling musnah-memusnah disebabkan perebutan kuasa dan kekayaan sesama mereka menjadi begitu sengit sehingga tidak dapat berkompromi lagi. Teknik utama mereka ialah memainkan sandiwara sebagai “wakil sebenar” orang Melayu dan agama Islam, dengan niat untuk menipu kepercayaan dan sokongan dari orang Melayu-Islam untuk mengawal kuasa pemerintahan. Walaupun mereka bertopengkan “Ketuanan Melayu”, intipati sebenar mereka ialah melaksanakan “penindasan kaum”. Semua rakyat Malaysia termasuk kaum pekerja Melayu turut menjadi mangsa penindasan mereka.
Apa yang lawak ialah ramai yang mengaku diri sebagai “pejuang revolusi” dan “pejuang demokratik”, selepas gagal dalam perjuangan, kini turut menyanyikan dikir “perjalanan harmoni” dan “kehidupan bahagia”. Mereka secara sedar atau tidak sedar terjebak dalam perangkap pemikiran klik pemerintah. Mengikut hukum am, di Malaysia, ketika kem pemerintah Melayu mengalami permecahan, bukankah kami sebagai kaum tertindas (kaum Cina, India, Melayu, Kadasan-Dusun, Iban-Dayak dan lain-lain) memperolehi peluang keemasan menjadi “King Maker” yang sebenar? Bukankah kita sepatutnya bangkit berjuang dan memainkan peranan yang sepatutnya?
Dua taktik yang dikemukakan oleh Rafizi sangat mengecewakan
Kebetulan bulan November tahun ini menemui Pilihan Raya Umum ke-15. Kali ini merupakan satu pilihan raya yang akan berlaku apa-apa sahaja selepas ini. Pada pandangan saya, isu pokok yang tidak pernah berubah sehingga sekarang ialah macam mana menangani pemerintahan hegemoni “Ketuanan Melayu”. Tahap kini, walaupun mempunyai percapahan, BN dan PN serta blok Mahathir yang dihempit keluar oleh mereka, tetap merupakan wakil kepada klik pemerintahan hegemoni Melayu. Maka mereka merupakan musuh umun rakyat semua kaum. Isu yang mengambil peduli oleh rakyat semua kaum ialah bagaimana parti-parti PH menjawab isu berkenaan dengan pemerintahan hegemoni “Ketuanan Melayu”.
Rafizi yang terkenal sebagai “Bintang berkilau PKR” telah pun mengemukakan dua taktik beliau terhadap isu tersebut pada saat genting kini. Beliau berkata, sebaiknya pemimpin bukan Melayu jangan menyerang peribadi pimpinan Melayu pihak lawan. Terutamanya sekiranya pimpinan itu mempunyai latar belakang agama. Itu boleh diputarbelik seolah-olah bukan Islam menghina orang Islam. Beliau mencadangkan supaya terpulang pemimpin Muslim dalam PH yang mendedahkan salah laku pemimpin Muslim pihak lawan. Ini bererti, pemimpin bukan Islam dari PH jangan menyentuh perkara-perkara ini. Logik ke padangan sebegini? Sudah tentu rakyat semua kaum (khususnya mereka yang bukan Islam) berasa amat kecewa terhadap pandangan Rafizi ini.
Saya berasa tidak selesa terhadap Rafizi yang cuba memberi arahan kepada rakan bukan Islam dalam PH
Oleh sebab Rafizi mengatakan beliau anak dari kampung di Terengganu, maka, dia faham sensitiviti orang Melayu. Saya juga anak Terengganu yang dilahir dan dibesarkan di Terengganu. Saya rasa saya juga berhak menyuarakan sedikit pandangan peribadi. Saya boleh pasti kebaikan utama orang Cina yang berasal dari Terengganu ialah apabila kami mula bercakap dalam Bahasa Melayu, secara semula jadinya hubungan kami menjadi erat dengan orang Melayu dari pelbagai lapisan. Saya rasa bertuah dalam pekara ini. Saya mempunyai kecenderungan menyukai serta berasa bangga terhadap ahli politik yang berasal dari Terengganu, termasuk Rafizi.
Akan tetapi, saya rasa tidak selesa apabila dia cuba berlagak dan memberi arahan kepada ahli politik bukan Melayu-Islam dari PH. Sebagai seorang penyokong PH, melalui percakapan beliau, saya dapat menghidu sikap angkuhnya walaupun belum menguasai kuasa. Jika berjaya memerintahan negara, pasti menjadi bermaharajarela nanti. Saya berpendapat bahawa ahli politik mesti sentiasa mengingatkan diri sendiri, ketika anda menjawat jawatan parti yang semakin tinggi, kuasa anda menjadi lebih besar, pada masa ini, sifat rendah diri amat diperlukan. Anda sepatutnya mendengar suara dari rakyat semua lapisan (termasuk kawan sekutu anda) secara meneliti, baru mendapat dukungan semua rakyat (dan kawan sekutu).
Taktik kedua Rafizi adalah lebih mengelirukan
Selain itu, taktik kedua Rafizi adalah lebih mengelirukan. Cuba saudara mencari maklumat dari internat, anda akan mendapati pergerakan hak sivil orang Hitam Amerika Syarikat digelar sebagai “pergerakan hak sivil orang Hitam Amerika Syarikat” bukannya “Pergerakan orang putih Amerika Syarikat” disebabkan orang Hitam sendiri yang bangun menentang disrimimasi ras dan penindasan kaum di Amerika Syarikat. Setelah melalui perjuangan berpanjangan serta mengalami pelbagai pengkorbanan, akhirnya pemerintahan Amerika Syarikat terpaksa menggubal undang-undang Hak Sivil dan Hak Mengundi yang kononnya menamatkan diskriminasi ras dan polisi pengasingan kaum orang Hitam Amerika Syarikat dari segi kuasa pengundian dan hak awam kerana menerima tekanan yang teramat ketara. Walaupun Amerika Syarikat memilih seorang Presiden orang Hitam yang pertama, Obama, tetapi nasib orang Hitam yang didisriminasi oleh orang Putih tidak pernah tamat. Kes "Black Lives Matter" adalah bukti terbaik.
Sekiranya Rafizi ingin mengambil inisiatif bersuara demi kaum tertindas negara ini, beliau sepatutnya mengemukakan satu had masa yang jelas bagi menamatkan pemerintahan hegemoni perkauman Melayu, demi mencapai Malaysia yang saksama, adil dan samarata antara kaum. Akan tetapi, orang yang arif dapat membaca arahan beliau ini jelas bertujuan membantu PKR memenangi Pilihan Raya dan menguasai kuasa pemerintahan dengan menuruti sentimen puak Melayu konservatif yang mempunyai pemikiran “Ketuanan Melayu” walaupun berbuatan ini jelas akan mengancam segala usaha perjuangan hak kesaksamaan kaum yang dilancarkan oleh rakyat bukan Melayu (terutamanya kaum Cina dan kaum India).
Rafizi kini telah membuang hajat asal pembentukan parti, iaitu “Reformasi” serta membuang topeng demokrasinya ketika bergabung dengan parti pembangkang lain. Beliau langsung tidak peduli perasaan pemimpin bukan Melayu dari PH. Beliau mengeluarkan arahan sewenang-wenang untuk memastikan pemimpin bukan Melayu dari PH bertindak mengikut arahan beliau. Bagi kaum Cina, India dan kaum minoriti lain-lain (termasuk golongan pekerja Melayu), sekiranya perkauman UMNO, PAS dan Bersatu ditamatkan, tetapi yang gantinya ialah perkauman PKR (atau perkaumnan gaya Anwar atau Rafizi), ia tetap adalah perkauman “Ketuanan Melayu” yang memerihara kepentingan golongan pemerintahan, bukankah itu benar? ▉
0 comments:
Post a Comment