Berita Malaysiakini:
Hassan Karim cabar pemimpin PKR kuatkan semula parti
Sumber berita:malaysiakini.com/news/691837
Berikut adalah laporan berita “Malaysiakini” versi Bahasa Melayu yang diterbitkan pada 2 Januari 2024 jam 08:00, dengan tajuk "Hassan Karim cabar pemimpin PKR kuatkan semula parti". Media internet ini juga telah menerbitkan (pada jam 08:01 dan 09:05 pada hari yang sama) kandungan yang serupa (dengan beberapa penekanan yang beza) dalam versi Bahasa Mandarin, bertajuk "忧下届大选或输剩15国席,哈山卡林促公正党速备战" dan dalam versi Bahasa Inggeris, bertajuk "Nurul Izzah, Rafizi must take bold steps to rejuvenate PKR – MP".
Hassan Karim mencadangkan dua strategi persediaan pilihan raya yang berkesan kepada kepimpinan PKR:
(1) Pemimpin PKR, terutama Nurul Izzah, harus memikul tanggungjawab untuk menguatkan semula parti dan merampas kembali kerusi parlimen yang tewas dalam pilihan raya sebelumnya.
(2) TImbalan Presiden PKR, Rafizi, dan Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad, seharusnya meninggalkan kerusi kawasan selamat dan kembali bertanding di negeri asal masing-masing.
Walaupun kami setuju dengan kesahihan cadangan Hassan Karim di atas keprihatinan beliau terhadap parti, namun ianya masih tidak sempurna dan menyeluruh. Jika PKR masih enggan menamakan calon bukan Melayu atau bukan Muslim yang berwibawa di kawasan bandar dan campuran dengan adil dan wajar, kemungkinan PKR hilang kerusi dalam pilihan raya akan datang akan semakin besar. Adakah Hassan Karim, ahli-ahli akar umbi PKR serta rakyat pelbagai etnik setuju dengan pandangan tersebut?
Berita penuh versi Bahasa Melayu "Malaysiakini" tersebut tertera seperti di bawah:
Dengan Anwar Ibrahim kini mengetuai pentadbiran negara, pemimpin PKR Hassan Karim mencabar pemimpin utama lain dalam parti itu perlu mengambil langkah berani ke arah menguatkan semula PKR.
Hassan mencadangkan Nurul Izzah Anwar selaku naib presiden parti untuk mengetuai usaha merampas semula kerusi yang hilang dalam PRU sebelum ini, termasuk kerusinya sendiri iaitu Permatang Pauh.
![]() |
Nurul Izzah |
Melihat kembali keputusan PRU15, di mana kerusi Parlimen PKR berkurang daripada 49 kepada 31 kerusi, Hassan berkata timbalan presiden Rafizi Ramli dan naib presiden Nik Nazmi Nik Ahmad untuk kembali ke negeri asal mereka, iaitu Terengganu dan Kelantan, dan bertanding di sana dalam PRU akan datang.
![]() |
Nik Nazmi Nik Ahmad |
Ketika itu, Salahuddin tewas di tangan penyandangnya, iaitu Pengerusi Umno Pulai Nur Jazlan Mohamed. Namun Salahuddin menang di situ pada PRU 2018 dan juga pada tahun lalu.
Menurut Hassan, PH kemudian mempertahankan kerusi itu pada PRK pada September lalu - susulan kematian Salahuddin - menerusi Naib Pengerusi Amanah Johor Suhaizan Kaiat.
![]() |
Rafizi Ramli |
"Perlu ingat PKR pernah menang di Parlimen Kemaman pada PRU 1999," kata Hassan yang merupakan ahli parlimen Pasir Gudang.
"Nik Nazmi juga perlu berani menerima cabaran dan mengambil risiko untuk pulang ke negeri asalnya, Kelantan untuk memimpin medan perang pilihan raya di negeri itu dengan kesedaran bahawa PKR menang tiga kerusi Parlimen di Kelantan pada 1999, iaitu Kota Bahru, Ketereh dan Tanah Merah," katanya lagi.
![]() |
Anwar Ibrahim |
Kemerosotan itu turut terjadi di Selangor yang merupakan "benteng kebal" PKR sejak 2008, katanya lagi.
Hassan berkata tanpa strategi yang ampuh untuk menghadapi PRU16, PKR berisiko hilang separuh lagi kerusi Parlimen miliknya, termasuk di Tambun yang dipegang Anwar.
"(Jika) presiden PKR (Anwar) hanya ada sekitar 15 kerusi Parlimen, ketika itu adakah parti-parti politik lain masih sudi untuk memilih Anwar menjadi perdana menteri bagi penggal keduanya?" soalnya lagi.
0 comments:
Post a Comment