Daripada "Itik diajar berenang" kepada "Nilai dan makna mendalam undi rosak", suatu pemahaman tentang "Undi Rosak"
Sumber: sahabatrakyatmy.blogspot.com
▲ Kartun: "Itik diajar berenang"
Kartun bertajuk "Itik diajar berenang" ini pada asalnya diterbitkan di China Press pada 26 Januari 2018. Dalam mesyuarat bulanan pada 5 Mei 2024, Sahabat Rakyat Working Committee telah membincangkan isu pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bahru (KKB). Mesyuarat memutuskan untuk mengemukakan pendirian dan pendapat kami mengenai PRK ini dengan cara yang digemari ramai sebagai rujukan pengundi di Kuala Kubu Bahru serta rakyat semua bangsa di seluruh negara.
Berpandukan pandangan lepas Sahabat Rakyat mengenai pilihan raya Umum dan Negeri dan keadaan politik selepas penubuhan kerajaan perpaduan, kami memberikan tafsiran baharu kepada kartun ini -- Nilai dan Makna Mendalam Undi rosak: Menyanggah PH, Menolak PN!
Tafsiran baharu terhadap kartun ini boleh dianggap sebagai cadangan awal slogan tindakan Sahabat Rakyat kepada semua pengundi PRK KKB.
Kami berharap agar gerakan demokrasi dan hak asasi manusia negara kita akan maju ke depan dan bukan sebaliknya!
▲ Kartun: Nilai dan Makna Mendalam Undi rosak
0 comments:
Post a Comment